Seumpama penyakit lahir yang ada atau bakteria yang menjadi penyebabnya maka begitu jugalah penyakit hati. Ada virusnya tersendiri. Sekali lagi ditegaskan bahawa virus penyakit hati ialah dosa.
Virus dosa akan menyerang dan menyakitkan hati secara mendadak. Ia akan merosakkan hati secara perlahan2 dan bperingkat2. Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia satu kebiasaan yang terbentuk perlahan2, tahap demi tahap. Ada empat virus dosa merosakkan hati manusia.
Rasa Bersalah Dengan Dosa
Rasa Biasa Dengan Dosa
Rasa Seronok Dengan Dosa
Jadi Pembela Kepada Dosa
LEMBAH DOSA!
★ Rasa Bersalah Dengan Dosa
Pertama kali berbuat dosa hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Fitrah semulajadi manusia adalah baik (sewaktu di alam roh dan mula2 dilahirkan ke muka bumi). Jadi apabila fitrah ini dikotori, manusia seolah2 menentang hati kecilnya sendiri.
Atas dasar itu pakar psikologi nengakui bahawa setiap kali melakukan kesalahan atau dosa, manusia akan diserang oleh rasa "guilty conscience"-rasa bersalah. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang menyeksakan sebab apabila berdosa manusia seolah2 berperang dengan dirinya sendiri.
★ Rasa Biasa Dengan Dosa
Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya, rasa bersalah itu akan hilang, sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya hati itu telah terbiasa dengan dosa.
Rasa bersalah tidak akan datang lagi. Ia sirna dimamah oleh kebiasaan membuat dosa yang berulang2. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan tetapi di tahap kedua ini tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega dan rela untuk berdosa dan terus berdosa.
★ Rasa Seronok Dengan Dosa
Dosa itu racun yang disalut kemanisan dan keindahan. Dosa yang dilazimkan tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, penyakit hati akan meningkat setahap lagi yakni pada tahap ketiga: seronok dan rasa indah dengan dosa.
Pada tahap ini, diri manusia itu sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukan dosa. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, menghantui hati. Racun dosa bertukar menjadi nikmat. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yang terbiasa ini menjelma menjadi Fatamorgana nikmat yang berkubu kukuh di dalam hati.
★ Jadi Pembela Kepada Dosa
Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan pula ialah musuh yang tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di "lebuhraya" nafsu dengan "kenderaan" sifat3 mazmumah, hati yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk "maju" setapak lagi. Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan tenat. Keseronokan dosa menyebabkan pelakunya menjadi pembela dan pejuangnya.
Pada tahap yang kronik ini, dosa akan dipromosikan dan dihiasi oleh si "toxic people" ini sebagai sesuatu yang indah, seronok dan menguntungkan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat, pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.
Awas, hati yang sakit lama kelamaan akan menjadi buta. Hati yang semacam ini sangat keras kerana mazmumah sudah semakin membarah menjadi syirik, kafir dan munafik.
Allah berfirman yang bermaksud;
"Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya,maka di akhirat nanti juga akan buta dan lebih sesat lagi jalannya."
(Surah Al-Isra' 27: 72)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan