Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang yang mahu menempuh ketiga2 proses tersebut?
Jawapannya, dia perlu bermujahadah. Mujahadah itu berasal daripada perkataan jihad. Ertinya berjuang bersungguh2 dengan penuh kegigihan dan tenaga. Untuk melalui proses takhalli, seseorangbterpaksa berpetang dengan musuh yang ada dalam dirinya sendiri, yakni syaitan dan hawa nafsu.
Mujahadah adalah "perang dalam diri" yang paling hebat dan dahsyat.
Syaitan akan memperalatkan dunia untuk mengganggu manusia yang melalui jalan mujahadah. Syaitan akan menakut2kan dengan pelbagai kebimbangan fan ketakutan seperti kemiskinan, kesakitan, kehilangan jawatan, kesusahan serta kerugian sekiranya manusia menempuh jalan mujahadah. Begitu juga dengan nafsu yang akan sentiasa menggoda dan mengajak manusia kepada kejahatan.
Lihatlah betapa ramai pemimpin besar dunia tersungkur...bukan kerana tusukan senjata, tetapi kerana godaan wanita. Ramai ulama dan ilmuwan jatuh terhina bukan kerana ancaman musuh, tetapi kerana kerlipan kuasa dan harta.
Tiada jalan pintas menuju Allah melainkan dengan melawan hawa nafsu. Yiada keajaiban melainkan perlu menempuh jalan yang sukar. Lawanlah hawa nafsu dan mintalah perlindungan Allah daripada tipu daya syaitan. Ingat selalu, untuk mendapat hati emas, kita mesti melakukan ibadah2 yang perlu kita lakukan walaupun nafsu tidak sukakannya. Tidak ada pilihan melainkan memaksa diri untuk menuntut ilmu, melaksanakan solat fardu dan sunat, membaca Al-Quran, berzikir, bersedekah dan sebagainya.
Lawan godaan dan rangsangan yang menggamit hati untuk melakukan perkara yang seronik, santai dan indah pada pandangan nafsu. Budaya Hedonisme (berseronok tanpa batas) misalnya, perlu dibenteras. Bermujahafah ertinya "berperang" dengan diri sendiri untuk meninggalkan sesuatu yang sangat disukai oleh hawa nafsu.
Hawa nafsu hanya inginkan kejahatan, kelalaian dan keseronokan. Sebaliknya, hawa nafsu sangat benculi akan kebaikan, peringatan dan ketaatan. Menentang hawa nafsu, samalah dengan menentang duri sendiri. Ini sangat menyeksa jiwa. Ini yang menyebabkan usaha mujahadah selalu patah dipertengahan atau permulaan jalan. Ramai yang belum pun bermujahadah sudah mengaku kalah. Jangan terlalu sayang akan diri untuk "disakiti" di jalan mujahadah. Hati emas itu ditempa oleh ujian hidup yang sukar daripada Allah.
Bahkan muhljahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Jangan manja diri...letih sedikit, tidak boleh. Hendaknya...hanya banyak rehat. Pahit sedikit sudah mengeluh. Pedih sekelumit sudah mengadu. Sedangkan, dunia hakikatnya gelanggang mujahadah. Kita di sini untuk "berpenat". Di sana (akhirat) nanti barulah kita berehat.
Di dunia kita menanam, di akhirat nanyi kita menuai. Musim bertanam memanglah payah; mencangkul, membaja, menjaga daripada serangga dan bermacam2 lagi kesusahan. Apabila tiba musim menuai nanti barulah terasa nikmat dan seronoknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan