Jumaat, 15 Ogos 2014

Tujuh Kategori Kaya

Dalam dunia moden ini kekayaan itu boleh dibahagikan kepada tujuh kategori

Kaya Dalaman

Memiliki set minda yang positif, harga diri yang tinggi, ketenangan dalaman dan kekuatan spiritual yang tinggi

Kaya Kesihatan

Health is wealth (kesihatan itu kekayaan). Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalam perniagaan jika jatuh sakit dalam usaha mengejarnya.

Kaya Perhubungan

Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang sekeliling dalam keadaan yang baik dan harmoni, kehidupan akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Keluarga mesti diutamakan kerana di situlah terkumpulnya orang yang paling kita sayangi.

Kaya Legasi

Buatlah sesuatu untuk terus hidup setelah kita mati. Itulah yang sering dipesankan oleh orang yang bijaksana. Jangan sekadar hidup secara yang biasa sahaja tapi berilah impak yang signifikan yang terus berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kemudian setelah pemergian kita.

Kaya Kerjaya

Kerjaya menjadi sangat penting dalam dunia masa kinim kerjaya ialah wadah bagi mengeluarkan seluruh potensi diri dan bakat seseorang. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan laginharga diri.

Kaya Pengalaman

Jiwa manusia sentiasa dahagakan pengalaman baru. Perasaan ingin tahu dan menimba pengalaman baru akan menimbulkan keseronokan dan keceriaan dalam hidup. Kita tidak boleh terperangkap dalam rutin hidup yang sama sahaja pada setiap masa. Aktiviti2 kemanusiaan, sukan, pelancungan dan lain2 akan memberikan kita rasa "kekayaan" yang sukar kita gambarkan.

Kaya Ekonomi

Walaupun wang bukan perkara terpenting dalam hidup, wang tetap penting untuk menguruskan kehidupan dengan baik. Wang akan memudahkan kita memenuhi keperluan hidup tanpa perlu bergantung pada orang lain. Dengan wang kita boleh membantu meringankan beban dan kesusahan orang lain dan ini akan memberi satu kepuasan dalam hidup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan