Seluruh amal ibadah dalam Islam sebenarnya bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti hati.
Sholat
Tujuan utama sholat adalah untuk mengingati Allah. Maksud Firman Allah: "Dan dirikanlah sholat untuk mengingati-ku." [Surah Thaha 20: 14] "Ingati Allah" yang dimaksudkan di sini adalah merasakan kehadiran Allah dalam diri -Feeling of God in You" -sehingga menimbulkan rasa takut, kagum, malu, hina dan harap kepada Allah dalam hati
Puasa
Tujuan puasa adalah untuk melahirkam sifat taqwa yakni kemampuan mengawal diri dan berhati2 dengan hukum2 Allah. Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimna telah diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu agar kamu menjadi orang yang bertaqwa." [Surah al-Baqarah 2: 183]
Taqwa itu juga letaknya di hati. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Taqwa itu di sini (sambil menunjukkan dada Baginda)." Dengan sifat taqwa seseorang akan naik "darjatnya" di sisi Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya manusia yang paling mulia dalam kalangan kamu di sisi Allah ialah mereka yang (paling) bertaqwa antara kamu." [Surah al-Hujurat 49: 13]
Zakat
Tujuan utama mengeluarkan zakat adalah untuk melatih hati agar mampu memberi kepada orang lain. Sasaran ibadah zakat adalah untuk melunturkan sifat tamak, rakus dan pentingkan diri dalam hati manusia.
Zakat itu kata asas yang bermaksud "bersih." Zakat fitrah adalah untuk "membersihkan" harta. Fan dengan kebersihan diri dan harta ini akan bersihkan hati seeeorang daripada kekotoran sifat mazmumah.
Haji
Ibadah haji meletakkan hati sebagai sasaran. Haji hakikatnya adalah kembara seorang hamba membawa hatinya menuju Allah.
Korban
Ibadah korban bertujuan "menyembelih" rasa cinta selain Allah dalam hati manusia untuk hanya mencintai Allah. Firman Allah SWT dalam Surah al-Haj ayat ke-37 yang bermaksud: "Daging dan darah binatang korban itu tidak sampai kepada Allah. Tetapi apa yang sampai ialah ketaqwaan (hati) daripada kamu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan