Jumaat, 15 Ogos 2014

Virus Dosa

Seumpama penyakit lahir yang ada atau bakteria yang menjadi penyebabnya maka begitu jugalah penyakit hati. Ada virusnya tersendiri. Sekali lagi ditegaskan bahawa virus penyakit hati ialah dosa.

Virus dosa akan menyerang dan menyakitkan hati secara mendadak. Ia akan merosakkan hati secara perlahan2 dan bperingkat2. Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia satu kebiasaan yang terbentuk perlahan2, tahap demi tahap. Ada empat virus dosa merosakkan hati manusia.

Rasa Bersalah Dengan Dosa
Rasa Biasa Dengan Dosa
Rasa Seronok Dengan Dosa
Jadi Pembela Kepada Dosa

LEMBAH DOSA!

★ Rasa Bersalah Dengan Dosa

Pertama kali berbuat dosa hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Fitrah semulajadi manusia adalah baik (sewaktu di alam roh dan mula2 dilahirkan ke muka bumi). Jadi apabila fitrah ini dikotori, manusia seolah2 menentang hati kecilnya sendiri.
Atas dasar itu pakar psikologi nengakui bahawa setiap kali melakukan kesalahan atau dosa, manusia akan diserang oleh rasa "guilty conscience"-rasa bersalah. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang menyeksakan sebab apabila berdosa manusia seolah2 berperang dengan dirinya sendiri.

Rasa Biasa Dengan Dosa

Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya, rasa bersalah itu akan hilang, sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya hati itu telah terbiasa dengan dosa.

Rasa bersalah tidak akan datang lagi. Ia sirna dimamah oleh kebiasaan membuat dosa yang berulang2. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan tetapi di tahap kedua ini tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega dan rela untuk berdosa dan terus berdosa.

Rasa Seronok Dengan Dosa

Dosa itu racun yang disalut kemanisan dan keindahan. Dosa yang dilazimkan tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, penyakit hati akan meningkat setahap lagi yakni pada tahap ketiga: seronok dan rasa indah dengan dosa.
Pada tahap ini, diri manusia itu sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukan dosa. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, menghantui hati. Racun dosa bertukar menjadi nikmat. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yang terbiasa ini menjelma menjadi Fatamorgana nikmat yang berkubu kukuh di dalam hati.

Jadi Pembela Kepada Dosa

Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan pula ialah musuh yang tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di "lebuhraya" nafsu dengan "kenderaan" sifat3 mazmumah, hati yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk "maju" setapak lagi. Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan tenat. Keseronokan dosa menyebabkan pelakunya menjadi pembela dan pejuangnya.

Pada tahap yang kronik ini, dosa akan dipromosikan dan dihiasi oleh si "toxic people" ini sebagai sesuatu yang indah, seronok dan menguntungkan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat, pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.

Awas, hati yang sakit lama kelamaan akan menjadi buta. Hati yang semacam ini sangat keras kerana mazmumah sudah semakin membarah menjadi syirik, kafir dan munafik.

Allah berfirman yang bermaksud;

"Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya,maka di akhirat nanti juga akan buta dan lebih sesat lagi jalannya."
(Surah Al-Isra' 27: 72)

Tujuh Kategori Kaya

Dalam dunia moden ini kekayaan itu boleh dibahagikan kepada tujuh kategori

Kaya Dalaman

Memiliki set minda yang positif, harga diri yang tinggi, ketenangan dalaman dan kekuatan spiritual yang tinggi

Kaya Kesihatan

Health is wealth (kesihatan itu kekayaan). Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalam perniagaan jika jatuh sakit dalam usaha mengejarnya.

Kaya Perhubungan

Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang sekeliling dalam keadaan yang baik dan harmoni, kehidupan akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Keluarga mesti diutamakan kerana di situlah terkumpulnya orang yang paling kita sayangi.

Kaya Legasi

Buatlah sesuatu untuk terus hidup setelah kita mati. Itulah yang sering dipesankan oleh orang yang bijaksana. Jangan sekadar hidup secara yang biasa sahaja tapi berilah impak yang signifikan yang terus berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kemudian setelah pemergian kita.

Kaya Kerjaya

Kerjaya menjadi sangat penting dalam dunia masa kinim kerjaya ialah wadah bagi mengeluarkan seluruh potensi diri dan bakat seseorang. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan laginharga diri.

Kaya Pengalaman

Jiwa manusia sentiasa dahagakan pengalaman baru. Perasaan ingin tahu dan menimba pengalaman baru akan menimbulkan keseronokan dan keceriaan dalam hidup. Kita tidak boleh terperangkap dalam rutin hidup yang sama sahaja pada setiap masa. Aktiviti2 kemanusiaan, sukan, pelancungan dan lain2 akan memberikan kita rasa "kekayaan" yang sukar kita gambarkan.

Kaya Ekonomi

Walaupun wang bukan perkara terpenting dalam hidup, wang tetap penting untuk menguruskan kehidupan dengan baik. Wang akan memudahkan kita memenuhi keperluan hidup tanpa perlu bergantung pada orang lain. Dengan wang kita boleh membantu meringankan beban dan kesusahan orang lain dan ini akan memberi satu kepuasan dalam hidup

Khamis, 14 Ogos 2014

Panda Kembar 3 di China

Hong Kong- Sebuah zoo di China memperkenalkan panda kembar yang baru dilahirkan dan disifatkan sebagai ajai berikutan kadar pembiakan yang rendah bagi haiwan spesis itu.

Ibu panda, Juxio melahirkan anaknya pada 29 Julai lalu di Taman Safari Chimelong Guangzhou.
"Kelahiran ini adalah satu keajaiban dan ia melebihi jangkaan kami. 15 hari sudah berlalu dan ia hidup lebih lama berbanding mana-mana kembar tiga yang pernah dilahirkan sebelum ini,"menurut Pengurus Besar Taman Safari, Dong Guixin. - AFP

Semuanya Soal Hati

Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki - bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh sebab itu, hati perlu dibersihkan serta dipelihara "kesihatannya" agar lahir sifat2 mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, redha, pemaaf dan dijaga daripada penyakit2nya seperti takbur, hasad, bakhil dan sebagainya.

Kemuncak kebahagiaan adalah apabila hati seseorang mampu mendorongnya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara "autopilot". Yakni tanpa mujahadah dan bersusah payah serta perlu difikir2kan lagi. Dan kata Imam al-Ghazali, "Inilah hakikat akhlaq manusia."

Sesungguhnya, semuanya soal hati

Tujuan Ibadah Membersihkan Hati

Seluruh amal ibadah dalam Islam sebenarnya bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti hati.

Sholat
Tujuan utama sholat adalah untuk mengingati Allah. Maksud Firman Allah: "Dan dirikanlah sholat untuk mengingati-ku." [Surah Thaha 20: 14] "Ingati Allah" yang dimaksudkan di sini adalah merasakan kehadiran Allah dalam diri -Feeling of God in You" -sehingga menimbulkan rasa takut, kagum, malu, hina dan harap kepada  Allah dalam hati

Puasa
Tujuan puasa adalah untuk melahirkam sifat taqwa yakni kemampuan mengawal diri dan berhati2 dengan hukum2 Allah. Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimna telah diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu agar kamu menjadi orang yang bertaqwa." [Surah al-Baqarah 2: 183]

Taqwa itu juga letaknya di hati. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Taqwa itu di sini (sambil menunjukkan dada Baginda)." Dengan sifat taqwa seseorang akan naik "darjatnya" di sisi Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya manusia yang paling mulia dalam kalangan kamu di sisi Allah ialah mereka yang (paling) bertaqwa antara kamu." [Surah al-Hujurat 49: 13]

Zakat
Tujuan utama mengeluarkan zakat adalah untuk melatih hati agar mampu memberi kepada orang lain. Sasaran ibadah zakat adalah untuk melunturkan sifat tamak, rakus dan pentingkan diri dalam hati manusia.
Zakat itu kata asas yang bermaksud "bersih." Zakat fitrah adalah untuk "membersihkan" harta. Fan dengan kebersihan diri dan harta ini akan bersihkan hati seeeorang daripada kekotoran sifat mazmumah.

Haji
Ibadah haji meletakkan hati sebagai sasaran. Haji hakikatnya adalah kembara seorang hamba membawa hatinya menuju Allah.

Korban
Ibadah korban bertujuan "menyembelih" rasa cinta selain Allah dalam hati manusia untuk hanya mencintai Allah. Firman Allah SWT dalam Surah al-Haj ayat ke-37 yang bermaksud: "Daging dan darah binatang korban itu tidak sampai kepada Allah. Tetapi apa yang sampai ialah ketaqwaan (hati) daripada kamu."

KORBAN EBOLA 1,013

Geneva - Jumlah kematian akibat virus Ebola yang menular di beberapa negara Afrika Barat meningkat kepada 1, 013 orang, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)

52 kematian dicatatkan dalam tempoh 2 hari antara 7 dan 9 Ogos lalu dengan Liberia mencatatkan jumlah korban tertinggi sebanyak 29 orang, diikuti Sierra Leone 17 dan Guinea 6 kematian.

Difahamkan, WHO juga telah membenarkan penggunaan serum eksperimen untuk merawat pesakit dijangkiti virus sekaligus memerangi penularan virus terbabit yang semakin merebak.
-Press TV